About Me

My photo
Very fussy type of people.Simple yet complicated..

Daisy's big day

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Iman's big day

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, May 7, 2010

Sessi bercukur..Iman dah Botak !!

Selepas 7 hari dilahirkan,we decided utk botakkan Iman.Maktok pun panggil la Ustaz Fauzi (President PAS kt kampung aku ) utk melaksanakan sessi bercukur dan membelah mulut.Kata ustaz,rambut bayi ni elok di buang sbb ianya kotor dan dikhuatiri mendatangkan kemudaratan/sawan kepada bayi tersebut.Membelah mulut pulak aku tak brapa sure.Yang pasti smuanya bagus belaka utk baby..kali ni ustaz belah mulut different from Mak Munah masa dia belah mulut Daisy dulu.Biasala bidan ni mmg kuat ngan adat tok nenek depa.Which is sometimes melanggar akidah kita sebagai Muslim.Ustaz belah mulut ngan 5 jenis rasa.Sbb dalam hidup kita ni kan ada berbagai rasa/ragam,so ustaz nak Iman rasa smuanya asam garam kehidupan.Ada asam,garam,kurma,buah anggur dan air zamzam.Bila sampai kt garam,Iman bukak mulut pun taknak.kecik2 sudah tau garam itu masin !!





Sessi bercukur by Ustaz Fauzi.








Iman dah separuh botak.Stop sat Iman nak minum susu dulu.







Selepas selesai sessi bercukur dan belah mulut,tibala masanya ustaz nak bg nama kt Iman.We choose Daiyan Iman tapi ustaz kata makna tak kena - Hakim Iman.Then we go for Dhani Iman,pun ustaz tak setuju becoz Dhani tu maksudnya Dunia/kekurangan.Nama yg tak elok.Aku insist jugak nak pangkal nama start from D,dats y la ustaz mintak buku nak carikan nama penuh utk Iman.Setelah di campur dan di tolak,ustaz pilih nama Dhamiril Iman yang bermaksud JIWA YANG BERIMAN.Emm...good choice..mmg uniq n really smells good.Hopefully Iman akan menjadi seperti maksud namanya.AMIN...Thankx to Ustaz Fauzi.

Kalau kami tak refer kt ustaz ni confirm kami akan letak nama Dhani Iman yang bermaksud KEKURANGAN IMAN.Ceteknya ilmu kami ni...nasib baik maktok panggil Ustaz ni.Sbb dia yg laksanakan smua sessi ni,so menjadi tanggungjawap dia utk memberi nama yg bermakna utk anak kami.Alhamdulillah...selesai sudah semuanya.

Dengan ini di istiharkan nama anak kedua kami - DHAMIRIL IMAN BIN AMIRUL IZWAN yang bermaksud JIWA YANG BERIMAN.Semoga Iman menjadi anak yg soleh dan berguna utk agama,bangsa dan negara.AMIN.

No comments:

Post a Comment