About Me

My photo
Very fussy type of people.Simple yet complicated..

Daisy's big day

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Iman's big day

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, May 2, 2010

Iman's Here !!! So cuteeeee . . .


Iman's here at last !!! He's so cute and adorable.Iman sudah selamat ku lahirkan pada 28th April 2010 di PUSRAWI Kota Damansara pada 6.25PM.Gyne doctor - Dr.Zulkhairi Yahya.A very supportive,patience and coolest doctor i ever met.

Alhamdulillah semuanya selamat.Iman pun sihat sempurna dan comeiiii.Aku start keluar tanda lepas subuh,keluar darah but still tak sakit.Hubby pun dah keluar g keje time tu.Around 8.30am aku call dia bgtau yg dah ada tanda,of coz la dia lagi kalam kabut then me.Time tu nak kejutkan Daisy mmg siksa sgt.Dia susah nak bagun pagi,ye laa . . . tido pun kul 3pg.Pukul 11pg baru arrived Hospital which only 5mins drive.Sampai kt Hospital,doc trus check bukaan rahim baru 2cm.Contraction dah ada kata doc tapi aku still tak rasa sakit.

Dr.Zul :Contraction dah ada ni,tak sampai 5 min dah 2 kali..tak sakit ke???
Aku : Takde pun...saya nak balik dulu la..nanti sakit saya datang balik (sebenarnya niat aku nak makan MCD,kul 12 kan time murah)
Dr.Zul : Mana rumah kamu?sempat ke nak datang sini balik?Contraction dah ada cuma tak kuat..xpela awak masuk je la wad nanti saya bg ubat utk kuatkan contraction.
Aku : Ohhh...ok la (He's an xpert,takkan nak lawan cakap pakar kot.he knows the best)

Aku pun masuk la wad.Aku amik katil yg sama time delivered Daisy dulu.This time wad bersalin mmg kosong..cuma ada aku je yg akan bersalin.Aku pilih bilik 3 katil.Seronok kami amik sorang satu katil.Daisy amik katil yg di tengah.Terbantut niat nak makan mcd.Lepas aku dah amik ubat tu still tak rasa sakit.Luckly bawak laptop,boleh la aku surf facebook and Daisy layan movie dia.Tak la dia kacau aku sgt.Around 1.30pm,doc datang visited lg :

Dr.Zul : Dah rasa sakit??
Aku : Belum la doctor . . .
Dr.Zul :Xpe,saya bg awak makan ubat lg.Paling lambat pun malam ni la awak bersalin.

Aku pun telan la lg ubat tu dengan harapan cepat la aku sakit and beranak.Mula rasa boring dah dok hospital ni.Setiap detik rasa lama yg teramat.Daisy dah lena diulit mimpi di katil sebelah.Penat menunggu Iman agaknya.

Around 3.15pm,aku dah mula rasa sakit.This time contraction datang,perut aku mula mengeras.Setiap 3 mins akan datang skali contraction.Rasa nak meletop perut.The contraction was so mild.Aku ajak hubby berborak...tengah sakan dok gelak tu tetiba cam bunyi 'pop'...rupanya water bag aku dah pecah.Air keluar dengan banyak bercampur darah.Sempat la hubby aku record guna handycam . . 3.40PM.Aku pun di bawa ke labor room.Bukaan servik sudah 4cm.Doctor masukkan ubat utk buang air besar..lepas tu aku diberi suntikan penthedin (tahan sakit).

5.30Pm aku dah mula rasa sakit yg teramat.Sbb takde org layan aku kt labor room,aku berjalan masuk wad..kekonon nak ngadu ngan hubby la.Wad tu dah jadi cam bilik mainan bila Daisy terlalu seronok bermain ngan belon.Lnagsung tak hiraukan aku yg dah nak setengah mati ni.Aku dah nekad nak amik epidural..mmg tak tahan sakit.Taktau nak crita la camne sakit bersalin ni.Those yg xperience je la yg tau!!!Aku suruh hubby g mintak kt nurse . . . dia cakap 'tahan la sikit sayang...sakit sangat ke??' . .rasa nak meletop aku dgr pertanyaan tu....MEMANG SAKIT LA NAK BERSALIN NI!!!Aku terus berjalan ke labor room dengan niat nak mintak epidural,sebaik sahaja selamat sampai labor room,doctor terus datang dan check bukaan servik.

Dr.Zul : dah banyak bukak ni..nanti bila sakit terus push ye . . .
Aku : Taknak doctor,sakit sgt ni...
Dr.Zul : Masa sakit tu terus push.....ok...pushhh..pushhh kuat2

Sakitnya time tu Tuhan je la yg tau.Sebelah tangan aku pegang lengan doctor and sebelah la pegang pinggang nurse.Dah la nurse tu kurus kering..kesian dia.Ada 3 org nurse yg entertain aku.Sorang tolong tolak punggungku ke bawah,sorang tolong tolak kepala ke depan.Yg last tu menjadi tempat supportku.Ngeri sungguh pengalaman kali ni.Lebih kurang 4-5kali teran,maka keluarkan Iman...Thankx to all the nurses n Dr for the great support and patience.Without all that sure i dah lama kena vaccum or worst case operate.Alhamdulillah . . . mmg lega sungguh aku lepas tu..Kali ni cuma sakit 3 jam sahaja berbanding ngan Daisy dulu almost 1 day.Betul la kata org anak no 2 ni kurang sikit sakit berbanding beranak sulung.AMIN...slamat sudah!
This time hubby tak temankan aku sbb sibuk nak jaga kakak yg tak reti duduk diam tu.Terpaksa la bertarung sendirian.

Bila dah selesai smua,mmg lega habis.Tak sangka aku boleh go thru that kind of horrible pain.Alhamdulillah syukur sesgt.Lepas ni aku kena menjalani sesi berpantang yg amat bosan.
To my hubby,my Daisy,My parents,my parents in law,my frens,Thanks for all ur support and pray.I feel completed...hubby,daughter and son.A happy family.Love u all the most !

3 comments: