About Me

My photo
Very fussy type of people.Simple yet complicated..

Daisy's big day

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Iman's big day

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 18, 2010

Sessi Berpantang

Sessi berpantang yg membosankan.Arini baru 21hari.ikut tok nenek punya amalan berpantang 44hari.Lama lg tu nak complete kan sessi berpantang ala tok nenek.Seksa tul.Penang skang dah la panas geliga.Rasa cam dok dalam sauna pun ada ni.Badan Iman habis naik ruam.Daisy pun asyik membebel je panas..'Ibu,Daisy dah berpeluh ni' . . kesian dia.Tokpak pun dah g survey smua kedai kt area Island,tapi smua aircond SOLD OUT!! uhuhuh...sedihnya.Till now pun tengah tunggu aircond.Baru panas dunia kami dah tak tahan,camne la panas akhirat nanti kan...Selamatkan la dunia kita...GO GREEN!!!

Lepas aku bersalin doktor kata dia dah masukkan ubat utk kecutkan rahim and he also advised not to follow 'pantang'.Drink more water n eat for energy.Tapi tok nenek punya pantang takleh minum air banyak,tu takleh makan,ni takleh makan..sayur tu takleh,sayur ni takleh,sbb sejuk.Where actually all green vegi r good for our health!!mmg bercanggah...This time pantang aku decided utk pantang cara aku sendiri....walllaaaaaa.

Since doctor dah advise jgn pantang sgt,aku pun watla cara pantang aku sendiri.Makan apa saja..anythg that give u energy.Drink a lot of water.I drink plain water and juices.yuMMyy....
Berurut tu penting gak sbb badan aku mmg sakit2.Bertungku tu aku taktau kenapa sbb aku baca dalam paper dia kata tak elok bertungku ni sbb bertungku ni actually kembangkan urat,dats y la kita tak rasa sakit.Pengecutan rahim ni sakit...serious i dah rasa.Cam rasa contraction pun ada gak..more to rasa sengugut..sakit sampai aku taktau nak pegang kt mana..Bila aku call doctor aku,dia pun admitted mmg sakit tu disebabkan pengecutan rahim due to ubat yg dia masukkan after delivered that day.Back to bertungku,mak aku tetiap ari panaskan tungku pagi n petang.Disebabkan kesian kt mak aku,aku pun laksanakan process bertungku tu.Bila aku tanya mak aku kenapa kena bertungku,dia pun tak sure...aduhaiii...dia kata tok nenek dulu mmg paksa bertungku.Follow tok nenek lagi!!

Jamu?Aku telan gak jamu buatan org kampung untuk wanita lepas bersalin.So far ok la..tapi xtau la keberkesanannya..still lum nampak.This time aku akan teruskan sampai habis ubat tu..InsyaAllah ada perubahan la selepas selesai smua botol aku telan.What else ek aku buat utk berpantang?Keluar rumah?dah keluar after 10days of my confinement period.Sempat jugak la shopping beg baby.Iman pun dah keluar jugak on his 14th day.Nak tgk tokpak kt hospital.My dad was admitted due to glaucoma.Some kind of eye problem.It's very rare.Once it attack us,the vision will be blur and worse case blind.Genetic perhaps.

Sesi berpantang mmg boring..tu pun ada yg fight for 90days.Gila ka hapa..???tak g keje mmg best la,tapi nak dok lelama lam umah without going out and worst can't even see the sun,mmg aku tak tahan.Macam2 alasan aku cari nak kuar umah.Weekend ni my hubby balik,leh la aku ajak dia kuar shopping...serious,i feel like dying.

Aku tgk makcik2 aku berpantang kuat la jugak..tapi bila depa dah tua ni,sama je ngan org yg xpantang..sakit sana sini.emm..mmg musykil la.Kata depa berpantang ni utk badan,badan nak pakai lama so kena la jaga..Dok lam umah lelama sampai tak kena cahaya,sihat ke?control makan without exercise pun tak ok gak..tak sihat!!My opinion,i think we should mix n blend well adat tok nenek versus doctor advise to make our life more boombastic and fantastic!!

Tuesday, May 11, 2010

Happy 3rd Birthday Daisy Insyirah 11 May

She's a toddler . . not a baby anymore.Kakak Iman now dah genap 3 tahun.Nak celebrate grand sgt pun tak boleh la coz ibu still dalam pantang ni..but still aku keluar jugak nak carikan hadiah utk dia.Aku beli Barbie doll.Seronok sgt dia dapat doll tu..well,lumrah la gurl mmg akan suka pada kecantikan.Tak ketinggalan jugak Daisy ni.Apa saja yg cantik smua dia suka.Now dah pandai pilih baju sendiri.Nak pakai baju yg cantik je.Boleh pokai ibu kalau layan Daisy ni.


Kek Hari Jadi Daisy yg ke-3.Fruit cake.Layer choc mosse and vanilla.

BIRTHDAY GURL.

Ummi and Mama pun nak possing jugak..layan kan je la Daisy.


Hafiy pun taknak ketinggalan..Eventho xtau pape,still dia nak seronok jugak . . Happy Birthday to Hafiy also la . .Ibu pun taknak terlepas peluang utk berpossing bersama Birthday gurl.Happy Birthday Sayang . . .


Daisy jgn naughty tau..listen Ibu and papa.Nanti tolong Ibu jaga Iman tau.Be a good kakak and the best kakak Iman ever had.I want u to be a good daughter,anak yg solehah dah berguna utk agama,bangsa dan negara.Lepas ni Daisy dah kena g sekolah tau.Jadi anak yg cerdik pandai.

Sekejap saja masa berlalu.Dah 3 tahun Daisy and dah ada adik lak tu.Daisy kena independent,learn how to tolerate and share as sharing is caring.Papa tak dapat nak celebrate together with us coz papa kena keje.Plus now we're at Penang.

Hopefully u enjor ur day and all the gifts that u got.May u always be here next to Ibu,Papa and Iman.We love u so much.As deep as the sea and as high as the sky.

Friday, May 7, 2010

Sessi bercukur..Iman dah Botak !!

Selepas 7 hari dilahirkan,we decided utk botakkan Iman.Maktok pun panggil la Ustaz Fauzi (President PAS kt kampung aku ) utk melaksanakan sessi bercukur dan membelah mulut.Kata ustaz,rambut bayi ni elok di buang sbb ianya kotor dan dikhuatiri mendatangkan kemudaratan/sawan kepada bayi tersebut.Membelah mulut pulak aku tak brapa sure.Yang pasti smuanya bagus belaka utk baby..kali ni ustaz belah mulut different from Mak Munah masa dia belah mulut Daisy dulu.Biasala bidan ni mmg kuat ngan adat tok nenek depa.Which is sometimes melanggar akidah kita sebagai Muslim.Ustaz belah mulut ngan 5 jenis rasa.Sbb dalam hidup kita ni kan ada berbagai rasa/ragam,so ustaz nak Iman rasa smuanya asam garam kehidupan.Ada asam,garam,kurma,buah anggur dan air zamzam.Bila sampai kt garam,Iman bukak mulut pun taknak.kecik2 sudah tau garam itu masin !!





Sessi bercukur by Ustaz Fauzi.








Iman dah separuh botak.Stop sat Iman nak minum susu dulu.







Selepas selesai sessi bercukur dan belah mulut,tibala masanya ustaz nak bg nama kt Iman.We choose Daiyan Iman tapi ustaz kata makna tak kena - Hakim Iman.Then we go for Dhani Iman,pun ustaz tak setuju becoz Dhani tu maksudnya Dunia/kekurangan.Nama yg tak elok.Aku insist jugak nak pangkal nama start from D,dats y la ustaz mintak buku nak carikan nama penuh utk Iman.Setelah di campur dan di tolak,ustaz pilih nama Dhamiril Iman yang bermaksud JIWA YANG BERIMAN.Emm...good choice..mmg uniq n really smells good.Hopefully Iman akan menjadi seperti maksud namanya.AMIN...Thankx to Ustaz Fauzi.

Kalau kami tak refer kt ustaz ni confirm kami akan letak nama Dhani Iman yang bermaksud KEKURANGAN IMAN.Ceteknya ilmu kami ni...nasib baik maktok panggil Ustaz ni.Sbb dia yg laksanakan smua sessi ni,so menjadi tanggungjawap dia utk memberi nama yg bermakna utk anak kami.Alhamdulillah...selesai sudah semuanya.

Dengan ini di istiharkan nama anak kedua kami - DHAMIRIL IMAN BIN AMIRUL IZWAN yang bermaksud JIWA YANG BERIMAN.Semoga Iman menjadi anak yg soleh dan berguna utk agama,bangsa dan negara.AMIN.

Sunday, May 2, 2010

Iman's Here !!! So cuteeeee . . .


Iman's here at last !!! He's so cute and adorable.Iman sudah selamat ku lahirkan pada 28th April 2010 di PUSRAWI Kota Damansara pada 6.25PM.Gyne doctor - Dr.Zulkhairi Yahya.A very supportive,patience and coolest doctor i ever met.

Alhamdulillah semuanya selamat.Iman pun sihat sempurna dan comeiiii.Aku start keluar tanda lepas subuh,keluar darah but still tak sakit.Hubby pun dah keluar g keje time tu.Around 8.30am aku call dia bgtau yg dah ada tanda,of coz la dia lagi kalam kabut then me.Time tu nak kejutkan Daisy mmg siksa sgt.Dia susah nak bagun pagi,ye laa . . . tido pun kul 3pg.Pukul 11pg baru arrived Hospital which only 5mins drive.Sampai kt Hospital,doc trus check bukaan rahim baru 2cm.Contraction dah ada kata doc tapi aku still tak rasa sakit.

Dr.Zul :Contraction dah ada ni,tak sampai 5 min dah 2 kali..tak sakit ke???
Aku : Takde pun...saya nak balik dulu la..nanti sakit saya datang balik (sebenarnya niat aku nak makan MCD,kul 12 kan time murah)
Dr.Zul : Mana rumah kamu?sempat ke nak datang sini balik?Contraction dah ada cuma tak kuat..xpela awak masuk je la wad nanti saya bg ubat utk kuatkan contraction.
Aku : Ohhh...ok la (He's an xpert,takkan nak lawan cakap pakar kot.he knows the best)

Aku pun masuk la wad.Aku amik katil yg sama time delivered Daisy dulu.This time wad bersalin mmg kosong..cuma ada aku je yg akan bersalin.Aku pilih bilik 3 katil.Seronok kami amik sorang satu katil.Daisy amik katil yg di tengah.Terbantut niat nak makan mcd.Lepas aku dah amik ubat tu still tak rasa sakit.Luckly bawak laptop,boleh la aku surf facebook and Daisy layan movie dia.Tak la dia kacau aku sgt.Around 1.30pm,doc datang visited lg :

Dr.Zul : Dah rasa sakit??
Aku : Belum la doctor . . .
Dr.Zul :Xpe,saya bg awak makan ubat lg.Paling lambat pun malam ni la awak bersalin.

Aku pun telan la lg ubat tu dengan harapan cepat la aku sakit and beranak.Mula rasa boring dah dok hospital ni.Setiap detik rasa lama yg teramat.Daisy dah lena diulit mimpi di katil sebelah.Penat menunggu Iman agaknya.

Around 3.15pm,aku dah mula rasa sakit.This time contraction datang,perut aku mula mengeras.Setiap 3 mins akan datang skali contraction.Rasa nak meletop perut.The contraction was so mild.Aku ajak hubby berborak...tengah sakan dok gelak tu tetiba cam bunyi 'pop'...rupanya water bag aku dah pecah.Air keluar dengan banyak bercampur darah.Sempat la hubby aku record guna handycam . . 3.40PM.Aku pun di bawa ke labor room.Bukaan servik sudah 4cm.Doctor masukkan ubat utk buang air besar..lepas tu aku diberi suntikan penthedin (tahan sakit).

5.30Pm aku dah mula rasa sakit yg teramat.Sbb takde org layan aku kt labor room,aku berjalan masuk wad..kekonon nak ngadu ngan hubby la.Wad tu dah jadi cam bilik mainan bila Daisy terlalu seronok bermain ngan belon.Lnagsung tak hiraukan aku yg dah nak setengah mati ni.Aku dah nekad nak amik epidural..mmg tak tahan sakit.Taktau nak crita la camne sakit bersalin ni.Those yg xperience je la yg tau!!!Aku suruh hubby g mintak kt nurse . . . dia cakap 'tahan la sikit sayang...sakit sangat ke??' . .rasa nak meletop aku dgr pertanyaan tu....MEMANG SAKIT LA NAK BERSALIN NI!!!Aku terus berjalan ke labor room dengan niat nak mintak epidural,sebaik sahaja selamat sampai labor room,doctor terus datang dan check bukaan servik.

Dr.Zul : dah banyak bukak ni..nanti bila sakit terus push ye . . .
Aku : Taknak doctor,sakit sgt ni...
Dr.Zul : Masa sakit tu terus push.....ok...pushhh..pushhh kuat2

Sakitnya time tu Tuhan je la yg tau.Sebelah tangan aku pegang lengan doctor and sebelah la pegang pinggang nurse.Dah la nurse tu kurus kering..kesian dia.Ada 3 org nurse yg entertain aku.Sorang tolong tolak punggungku ke bawah,sorang tolong tolak kepala ke depan.Yg last tu menjadi tempat supportku.Ngeri sungguh pengalaman kali ni.Lebih kurang 4-5kali teran,maka keluarkan Iman...Thankx to all the nurses n Dr for the great support and patience.Without all that sure i dah lama kena vaccum or worst case operate.Alhamdulillah . . . mmg lega sungguh aku lepas tu..Kali ni cuma sakit 3 jam sahaja berbanding ngan Daisy dulu almost 1 day.Betul la kata org anak no 2 ni kurang sikit sakit berbanding beranak sulung.AMIN...slamat sudah!
This time hubby tak temankan aku sbb sibuk nak jaga kakak yg tak reti duduk diam tu.Terpaksa la bertarung sendirian.

Bila dah selesai smua,mmg lega habis.Tak sangka aku boleh go thru that kind of horrible pain.Alhamdulillah syukur sesgt.Lepas ni aku kena menjalani sesi berpantang yg amat bosan.
To my hubby,my Daisy,My parents,my parents in law,my frens,Thanks for all ur support and pray.I feel completed...hubby,daughter and son.A happy family.Love u all the most !