About Me

My photo
Very fussy type of people.Simple yet complicated..

Daisy's big day

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Iman's big day

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 22, 2010

First Day school...first day school . . ..


Yesterday was Daisy first day to Little Aulad kindergarten.On trial stage.Nak kena tgk mood daisy camne,al maklumla Daisy ni kan mood dia slalu swing swing plus dah almost 3 months tak go school.Asyik berkepit je ngan Ibu dia.Previous she was in Taska Rasa Sayang Kelana Jaya.Sebab dia reluctant sgt utk go to that taska,dats y we decided to change to new environment and really hope she can cope with new surrounding.


Last Monday registered,she seems so xcited.Maybe because dia nampak playground kt school tu..plus kawan2 yg ramai.She seems so eager...macam tak sabar je nak g school.
Teacher Dayah & Teacher Ana yg akan mengajar di kelas Daisy.Kelas age 3 & 4.Mesti teacher2 kena banyak bersabar layan kerenah budak2.Like Daisy,she still wear diapers.SUsah pulak tu nak bgtau org kalau dia buang air besar.Hopefully u all semua sabar melayan kerenah Daisy.Things i really scared!!

Yesterday sport day @ Little Aulad.Kena pakai pakaian sukan.T-shirt white/oren and tracksuit oren.She look so beautiful and gorgeous.Woke up early in the morning,take bath without making any sound,dress up very xcitedly.Walk inside with a smile.It was so wonderful.Teacher comment that her 1st impression was so impressing and behavior was so good.Something that me n my hubby was so confuse...????

Today on her 2nd day trial stage..Start @ 7.45am till 6.30pm.I wake her up at 7.15am.
She woke up lazily.Undress with sound..Took her bath while crying.Very difficult to brush teeth/shampoo body.Still making a sound while i dress her up.She doesn't want to eat anything.Lay down in front of TV and watch her favorite cartoon Tom & jerry.

Iman pun aku antar ke taska little Aulad and today is his 1st trial day.We don't have any much concern of Iman because he still a baby.Just so concern n curios of Daisy character and behavior.Sampai je kat kindergarten tu Daisy taknak turun,lg kuat dia menangis.Teacher pun datang la jemput kt kereta,still dia taknak turun.Teacher dah start confuse, 'smlm ok je,kenapa arini taknak pulak???' . . I'm not that confuse - expected!!.Teacher pun dukung la dia,pujuk2 dia.. I think she's ok after i left.Lepas hantar Daisy,aku hantar Iman pulak ke taska.Kindergarten n nursery are 2 different house.Iman cam biasa,pagi2 mmg time tido dia.So tak banyak songeh la.The big prob is - whether he can adapt with new surrounding or not.Kakak nursery tu kata kalau dia tak sesuai dia akan menangis the whole day.Wait for the result!! We really hope Little Aulad staff will take care of our daughter and son like their own son.

Lunch time aku call Daisy's tadika.Her teacher said she's ok.Already ate her lunch and drink milk.Will take a nap after this.Then she has to wake up before 4pm and ready for fardu Ain class.Aku lupa nak bekalkan tudung for Fardu Ain class.Sorry teacher.
Iman pun ok..tak menangis..depa kata senang nak jaga.Yup mmg senang nak jaga if dia in a good mood.Iman mmg tak banyak kerenah.easy to handle.Since both of them at their own place,aku amik kesempatan ni la nak kuar lunch ngan BFF aku emma..makan kt IKANO steambot..yummy..yummy..lama tak jumpa emma.Lepas ni aku dah kena back to work..i think it really sound sucks!!

Daisy & Iman the whole day at their place.Pick them up at 5.30pm.Teacher ada bg homework,just to make sure that parents are concern about their kids.Bila dah balik tu sampai tak cukup mulut dia nak bercerita.teacher wat tu la..teacher teach A la..makan mee goreng la...aku pun sampai tak cukup telinga nak dengar.Today dia baru belajar hufur A..A for Apple.Teacher suruh color apple tu..dia pun kaler la dengan cara dia..very colorful and very hard to find this one...hihihih

Bila fikirkan balik,rasa nak menangis pun ada.Dulu aku time age 3 ni mmg tak reti nak pegang pensel pun..tadika pun masa 6 tahun!!We really don't have a choice.Where else u going to stay while we out to work?? Nak hantar dok maktok??Confirm menyusahkan org tua plus kami takde budget nak balik kampung weekly nak tgk Daisy.Nak tgk sebulan sekali???lebih baik takpayah beranak!!Nak amik maid mmg scary..never,never and never.Nursery la pilihan masa kini..just pay them to take care of ur kids.

Daisy & Iman,when u guys grow up,i believe u will understand all this situation.We really sorry we have to let this go on..until some miracle..Maybe dah kaya raya time tu,leh la Ibu benti keje..and kita shopping everyday!!

We loves u so much..Please try to cope with new surroundings.It's for your own goods!




Little Aulad uniform.Not in a good mood.Kena bangun awal kan..








Teacher ada bg homework..focus..focus.Papa tengah pegang hanger tu.Color keluar je garis sure kena ketuk tangan.








Colorful Apple by Daisy.Tak jumpa kt Tesco.








Confirm astronaut ni tak sampai bulan.









Tengah fikir reason not to go to school..
" Ibu,Daisy sakit perut la " . . . la la la

Thursday, June 10, 2010

Iman dah Sunat 10/06/2010 evening!!

Rasulullah Berkhatan

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma’ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.

Iman dah selamat disunatkan oleh Dr.Salahuddin (clinic kt Jelutong Penang).At first nak buat kt Pusrawi tapi Dr.Zul kata situ tak buat utk bby boy.Search punya search baru arini la terlaksana...pada umur Iman 43hari.

Process bersunat ni pada aku mmg scary la.Memula Iman di bius,adala dalam 4 kali inject..Selepas tu baru la bermula sesi potong memotong dan jahit menjahit.Time tu Iman relax la coz the bius is still there.Darah banyak keluar,aku lak rasa nak demam tgk tu.I'm there wit my dad.I think my dad pun rasa scary la coz dia kata time dia ngan tok mudim dulu pun tak cam kes Iman ni.Zaman dah moden daddy ooooiiii...mesti la kena guna cara yg moden.Kalau smua org guna cara moden mesti tok mudim kena letak jawatan kan . . .kesian lak kt tok mudim.Tapi Hafiy lum sunat lg...masih ada kerja utk tok mudim!!

For a week Iman tak boleh mandi,hanya lap-lap saja.Tang tu mmg langsung takleh kena air.Lap pun dengan wet tissue je.Kena makan ubat tahan sakit,tahan bengkak and antibiotic.Hopefully in just a week.Tahan sikit je Iman,Ibu tau Iman kan good boy..u can handle it with care.Good Luck!!

Lepas habis sesi bersunat tu,lama jugak la Iman nangis..maybe sakit masa nak kencing tu kot.Tahan yee....Diapers pun dah tukar ke size L,amik kakak dia punya.1 week je Iman...sabar sikit ye.Makan ubat mesti ok la..go Iman go!!

Nowadays dah ramai yg tak ikut adat tok nenek.They turn to follow sunnah Nabi which is lebih afdal di buat selepas atau pada hari ke-7 kelahiran bayi tu.Tapi jangan pulak kita buat sebelum 7hari sbb tu dah ikut ajaran Yahudi laknatullah!!

Wednesday, June 9, 2010

Mengapa Bangsa Yahudi cerdik??

Aku tertarik ngan artikel ni...jom kita share bersama.Kenapa ek bangsa Yahudi boleh cerdik??Cara pemakanannya mirip sungguh dengan Rasullullah S.A.W.Jadikan la cara hidup dan amalan Rasullullah sebagai panduan hidup kita..kenapa bangsa Yahudi boleh menjadikan amalan hidup Nabi sebagai panduan mereka dan kenapa kita tidak??
Renungkanla . . .

BERIKUT ADALAH HASIL KAJIAN DR STEPHEN : MENGAPA ORANG YAHUDI CERDIK

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.


Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Pemakanan


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Rokok

Di Israel, merokok adalah taboo (tidak baik), apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi)

Tadika

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah di latih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.


Sekolah Rendah

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan di ajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Sekolah Menengah



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.



Fakulti Perniagaan

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1 juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya di cipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Ibadat


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Bantuan niaga

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.


Maka itu lahirlah Starbuck, Dell compter, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulan


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang bodoh (goblok) dan sudah tentu generasi bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sana, perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! - ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!.

Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh?, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$0.70!!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang, berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga di usir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ke tengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 muka surat penuh. Eseinya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Sebenarnya orang Islam yang seharusnya mengikuti cara hidup yang telah di sarankan di dalam Al Quran tetapi sebaliknya orang yahudi yang menjadikan saranan tersebut sebagai cara hidup mereka. Maka tidak hairanlah mereka boleh menakluki dunia dengan kebijaksanaan mereka..renung-renungkan lan.